Friday, October 2, 2009

Beraya di Melaka






Lama dah tak pergi ke Melaka bersama bapa dan mak mertua..selalu pergi beraya sana on the way pulang ke johor bahru. Kali ni pak mertua beriya2 ajak balik ke Melaka melawat kakak angkatnya. Yang pelik kali ini dia ajak juga pergi ke kampong tempat rumah lama yang tinggal nostalgia pahit yang menjadi sejarah yang tidak mahu dilalui dan dilihat sebelum ini. Sadisnya kalau hendak disharekan di sini..tetapi apa saja hajat org tua yg mana tidak menyalahi syarak, wajib ditunaikan sebagai seorang anak.

Ada cerita sedih bagi orang2 tua yang tinggal dikampong halaman yang tinggal seorg diri walaupun umur dah mencecah 90an, kerana anak2 tidak dapat tinggal bersama kerana tugas dan tjawab masing dan siibu pula tidak selesa melain duduk rumah sendiri dan ingin mengakhiri hayatnya di rumah sendiri. Ini yang menyebabkan anak2 berasa serba salah, hendak ditinggalkan ibu sendiri, tp kerana tugas dan mencari rezeki terpaksa dilepaskan ibu keseorangan dengan kunjungan hujumg minggu dan semasa cuti. Mujur ada jiran2 dan sedaramara terdekat yang bole diamanahkan utk melihat2kn keadaan sibu.

Ada cerita gembira di mana anak2 sanggup berhenti kerja dan suami diajak berpindah tugas yang berdekatan semata2 utk menjaga dan menemani ibu yang sudah tua. Sesungguhnya ibu mana yang tidak suka seorang anak yang sanggup melepaskan jawatan mewah semata2 utk menjaga dia, semua ini bergantung juga pada pendapatan dan restu suami.

Ada cerita yang terpaksa meninggalkan kampong halaman kerana hasad dengki sedara mara yang tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Tinggallah rumah dimakan anai2 terbiar dimamah hutan kerana kesihatan dan ketenangan lebih penting dari rumah yang tersergam indah.

Begitu lah suasana kampong yang ditinggalkan dan xramai orang muda yang suka tinggl dikampong malah berhijrah kebandar2 atas desakan tugas dan sara hidup.. Yang menjadi masalahnya warga tua yang masih tinggal.. apakah sanggup kita membiarkan mereka tidak terbela?? sedangkan semasa mudanya mereka boleh menjaga kita kalau 10 org anak, 8, 6 dari kecil sehingga dewasa.. kate org 1 emak boleh menjaga 10 anak tp 10 anak x semua yang dapat menjaga emak bila sudah uzur tua dan sakit2....

Begitu lah kita nanti bila sudah tua..hidup seperti roda yang berpusing kite semua bakal berhadapan dgn situasi yg sama yang ibubapa kita telah hadapi...so ingt2kan lah generasi baru agar jasa dan budi yg telah org tua curahkan kepada mereka..sayangi dan hormati mereka dan berjasa dan berkhidmat sementara mereka masih ada.... jika dah tiada jangan menyesal dikemudian hari tidak sempat mendapat keredaan dan restu dari kedua orang tua kita....

Muhasabah ini khas ditujukan kepada diri sendiri dan kaum keluarga ku semoga banyak pengajaran yang di dapati dari kunjungan beraya di kampong...